Betong Ride 2024

Sejak renew insurance Thai ni rajin pula cross border… bukan apa, untuk motor dia suruh renew 3 bulan… seminggu dah takde dh… so last month, kami rancang pula perjalanan ke Betong.

Kali ini ride masih dengan Geng ofis ExaRide yang sama. Betong ni tak la jauh sangat tapi bagi saya masih juga suatu pengalaman yang baik.

Tiba di Betong, singgah sebentar lunch dan kemudiannya ke Kedai Route 410 sebelum proceed check in hotel.

Hotel Garden View, dekat sahaja dengan terowong monolit Betong ni.

Keesokkan harinya kami ke Ayer Weng untuk tengok awan nano. Diorang nk buat platform cantik dah walaupun kena bauar tetapi still berbaloi.

Sempat gak buat kerja kt Piyamit Tunnel, museum komunis menyorok disini dulu…

Jalan balik pula, kami ikut jalan lain. Lalu la jalan bukit2. Menarik view dia dengan sejuknya…

Perjalanan balik, kami lunch di Hantana. Hipstur skit tapi sedap.

Esoknya, lepas last minit shopping, kami pun berangkat pulang… lunch kami di Kari Kepala Ikan Salim. Agak smooth perjalan cuma bila hampir tiba, sorang rider kami kena naik towing sebab motor tak boleh start.