Hatyai Ride 2023

Seperti biasa bila ride ke arah utara ni memang akan RV di RnR Rawang. Jam 6.30 dh terpacak kt sini. Kali ni kami berlima. Walaupun motor berlainan cc tapi pace lebih kurang sama.

(Maaf. Banyak sangat draft post yang tak sempat nak tulis. Saya cuba untuk kembali aktif)

Tiba di border lebih kurang jam 11.50 pagi. Setelah selesai urusan di border, kami lunch kejap di danok sebelum menuju kembali ke hatyai.

Disebabkan masih lagi awal untuk check in, kami singgah pula di Amazon Cafe di stesen minyak PTT di bandar hatyai.

Keesokkan harinya, destinasi yang dirancang untuk ride kali ini adalah ke Phatthalung. Biasanya Phathalung ni saya lalu je, kali ini nak singgah. Sempat juga la kami singgah di cafe Route 41 ni.

Gambar diatas pula adalah dijambatan merentasi tasik Thale Noi dan Thale Luang sebelum tiba di jalan pantai kembali ke Songkhla. Tasik ini agak menarik kerana jalan yang lurus dan panjang merentasi tasik.

Jalan di sepanjang jalan pantai ini pun menarik kerana adanya kincir angin yang banyak. Malangnya posisi kincir angin dengan jalan agak sukar untuk mengambil gambar yang sesuai.

Sempat jugala bawa rakan2 yang pertama kali datang untuk naik ferry di Songkhla yg merentasi Tasik Songkhla. Tiba di Songhkla, kami makan pula di restoran di sepanjang pantai Songhkla. Angin punya la kuat.

Itu je la yang saya nak share buat masa ni. Balik tu macam biasa, hari Ahad, jalan agak jem. Dlm 10 jam juga la untuk sampai dari border. kami betolak pulang lepas lunch di Danok lebih kurang pukul 12tgh hari waktu Siam.