Health Tips – weight scale

Hi, hari ni nak share sikit camana kita nak jaga kesihatan yang ramai tak tahu. Penimbang berat merupakan alat utama bagi kita untuk memeriksa kesihatan kita. Bukan hanya untuk mengukur berat badan sahaja. 

Berat badan yang sering berubah-ubah menunjukkan badan kita tidak sihat dan akan menjadi masalah untuk kita terutamanya bila kita hanya melakukan rutin harian dan tidak menambah aktiviti seharian kita. Stress juga merupakan salah satu faktor perubahan berat badan, ada yang naik dan ada yang turun. Jika kita selalu memeriksa berat kita, barulah kita tahu badan kita sedang mengalami perubahan atau tidak. 

Pemilihan penimbang yang sesuai juga amat penting. Pendapat peribadi saya eloklah memilih yang analog atau mekanikal kerana ianya paling kurang memerlukan kalibrasi walaupun bacaannya kurang jitu. 

Ciri yang kedua pula, elakkan memilih yang diperbuat dari kaca. Memang yang diperbuat dari kaca itu cantik tetapi ia amatlah licin terutama apabila kita menimbang dengan kaki yang basah. Disamping itu potensi untuk kaca itu pecah adalah amat tinggi. 

Sekian sahaja post saya berkenaan penimbang. Kalau nak cari, boleh la click banner di atas.