DOCM Inaugural Ride 2016

DOCM or Desmo Owners Club Malaysia ride untuk julung kalinya ke Penang pada 19-20 March 2016.

Ride bersejarah ni disertai seramai 150 buah Ducati ini menunjukkan sambutan positif buat kami warga DOCM bagi menjadikan DOCM sebagai sebuah kelab berprestij dan berkualiti.

image

19 March 2016 – Tempat RV biasa perjalanan ke utara adalah Hentian Rawang. Seperti biasa aku adalah antara yang terawal tiba dilokasi. Konvoi kami dari Rawang adalah lebih kurang 60 buah motorsikal. Aku ditugaskan sebagai Marker 5 untuk menjaga keselamatan konvoi. Kami bertolak ke checkpoint seterusnya untuk mengisi minyak di Hentian Tapah.

Perjalanan agak lancar walaupun kekurangan Marshall yang bertugas. Checkpoint seterusnya pula ialah Hentian Gunung Semanggul sekali lagi sesi mengisi minyak dan sedikit santapan mengisi perut yang disediakan oleh Petron. Disini kami regroup bersama geng PDOC yg akan turut serta di dalam konvoi kami.

image

Kami tiba di Light Hotel di Seberang Prai dan regroup kembali bersama geng KDOC. Di sini kami bermesyuarat buat kali pertama dan melantik jawatankuasa penggerak kelab dan juga jawatankuasa penggerak koperasi.

image

Setelah pengantin tiba, kami berarak bersama pengantin ke majlis resepsi beliau.

image

Walaupun cuaca panas yang agak membara, kami semua berjaya tiba di destinasi dengan senyuman. Parking khas motorsikal telah disediakan oleh tuan rumah bersama bunting Ducati.

image

Setelah makan dan bertemu pengantin, kami bersiap-siap pula untuk menaiki feri ke hotel di Tanjung Bungah.

image

Hampir sebuah feri diperlukan untuk memuatkan kami yang agak ramai ini. Namun pengalaman ini amatlah berharga bagi kami.

image

Setibanya di Hotel, kami berehat sebentar sebelum keluar semula untuk makan malam di Ducati Penang. Ducati Penang telah menjamu kami nasi dalca dan disambut sendiri oleh tauke kedai.

Selepas makan malam ada diantara kami yang ke Padang Kota, ada yang ke Hard Rock Cafe dan ada jual yang pergi mencari Nasi Kandar.

image

20 March 2016 – Keesokkan harinya kami bertolak pulang pada jam lebih kurang 11.30. Kami bercadang untuk melalui jambatan kedua untuk seberang. Kami melalui Teluk Bahang dan Balik Pulau untuk menikmati permandangan dan mengelak kesesakan lalu lintas.

Kali pertama diatas jambatan kedua membuatkan aku terpukau dengan keindahan ciptaanNya. Aku hanya bergerak perlahan dan biarkan rakan-rakanku pergi dahulu.