26 – 28 December 2015 – Bangkok – Hatyai (944km)
Kami bertolak pulang dari Bangkok lebih kurang jam 10pagi. Diiringi oleh rakan-rakan bikers di Bangkok kami berjaya melepasi kota Bangkok dan meneruskan perjalanan kami.
Sekejap sahaja aku bersama rakan-rakanku, aku kemudian ditinggalkan mereka tanpa diberitahu. Bermulalah kembali perjalanan soloku.
Namun begitu, walaupun perasaan agak kecewa dengan perbuatan rakan-rakanku itu aku rasa lebih tenang dan tak perlu terburu-buru dan boleh membawa motorsikalku dengan kelajuan yang lebih selamat.
Aku tiba di Hatyai pada lebih kurang jam 7 atau 8 malam dan mendapat pengkhabaran yang rakan-rakanku sudah sampai di Sadao. Jarak kami hanyalah 45 minit membuatkan aku lebih terkilan dan mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di Hatyai.
Seperti biasa kalau di Hatyai pulut mangga dan pulut durian mesti akan dicari. Aku beli dan makan seorang diri di Hotel.
Aku bermalam bercadang untuk tambah lagi satu malam di Hatyai dan hanya bertolak ke Langkawi pada pagi Isnin 28 Disember 2016.
Keesokan harinya aku bersarapan di Kelatan Food dan terserempak dengan bekas jurulatih ROTU aku yang juga bersarapan disitu dan akan bertolak pulang ke tanah air selepas itu.
Sebelum mereka pulang, sempat juga aku membawa mereka ke kedai aksesori motor untuk mencuci mata.
Keesokan harinya aku memulakan perjalananku selepas bersarapan dan menuju ke Kuala Perlis untuk menaiki feri.
Aku tiba agak awal di jeti kerana menyangkakan aku mengambil feri yang awal. Sementara menunggu aku makan tengah hari di kedai berdekatan.
Masa menunggu telah tamat dan aku bersama-sama kenderaan lain pergi ke jeti untuk menaiki feri.
Setibanya di Pulau Langkawi, aku mula mencari hotel di persisiran Pantai Chenang. Agak susah mencari bilik yang kosong kerana cuti sekolah.
Akhirnya aku dapat satu bilik yang agak kedalam tetapi harga dan lokasi yang ok.
Selepas mandi, aku segera pergi berjumpa dengan anakku yang juga berada di Langkawi bersama bekas isteriku.












