24 Dec 2015 – Petchabun – Lop Buri – Bangkok – 380km
Pada keesokkan harinya kami bersiap2 untuk meneruskan perjalanan ke Bangkok. Sebelum itu kami pergi bersarapan berhampiran masjid lebih kurang 30minit dari hotel kami.
Kami meneruskan perjalanan ke Lop Buri untuk berjumpa dengan rakan2 kami di Bangkok. Kami disambut dgn meriah.
Selepas makan tengah hari, mereka kemudian membawa kami bersiar2 di Lop Buri untuk melihat ladang kuaci dan sun flower.
Selepas minum petang di tepi ladang bunga matahari kami ride pergi tengok monyet pulak.
Semasa hendak memasuki bandar Bangkok, kami singgah sebentar di sebuah kedai moto untuk mencari assesori dan juga menunggu jem reda.
Kami di bawak pula untuk menjamu selera di gerai/food court muslim berhampiran dan seterusnya pulang ke rumah rakan kami Ron untuk bermalam disitu. Kami akan bermalam di Bangkok selama 2 malam.
Malam itu Ron telah membawa kami bersiar2 di kota Bangkok dan kami singgah untuk supper di Khaoshan Road.











