Year End Ride 2015 – Day 6

23 Dec 2015 – Chiang Mai – Route 12 – Petchabun 500km

Beberapa bulan telah berlalu saat aku mengharungi 1800 corner di Mae Hong son baru nak update blog ni.

image

Hari ini aku nak menceritakan perjalanan kami dari Chiang Mai. Seperti biasa, kami memulakan perjalanan kami pada waktu pagi selepas sarapan. Destinasi asal kami Khao Kho sebab nak lalui Route 12.

image

Route 12 adalah salah satu route yg jarang dilalui tetapi amatlah menarik. Laluan di pergunungan dan permandangan yang indah menanti kami. Beberapa kali kami berhenti untuk mengambil gambar kenangan disamping melihat permandangan. Pit stop kami adalah di Route 12 cafe. Suana yang dingin dan indah itu akan selalu terpahat didalam diriku ini.

image

Perjalanan diteruskan dan kami terpaksa membatalkan hasrat kami untuk bermalam di Khao Kho dan bermalam di Petchabun.

Di petchabun, bandar yang kecil tetapi agak ramai tourist membuat persinggahan disitu sebelum meneruskan perjalan ke Bangkok.