Setelah sekian lama tak menulis, hari ni kena paksa diri menulis jugak. Harap-harap ada la semangat nak habiskan menulis buku.
28 October 2016 – Trip kali ini ke Perth. Trip ni agak ad-hoc kerana tak ada dalam perancangan tapi sebab aku dapat tiket murah, trip ke Perth ni walaupun 5 hari akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Dengan berbekalkan duit apa yang ada, aku membawa bersama anakku. The only jewel i have left. Maklum la kalau kira2 balik dekat setahun aku menganggur setelah di retrench oleh company lamaku. Jadi sementara masih ada duit aku membawa anakku ke Perth dengan tujuan bersiar2. Kali terakhir kami disini dulu ada la dekat 8 tahun.
Tiba di Perth pada lebih kurang jam 3 petang. Di sini kami menyewa bilik di homestay pak su ku. Pak su turut memberi kami pinjam UTE beliau. Mudah bagi kami berempat (seorang rakan dan anaknya turut bersama trip dalam trip kami) untuk bergerak dengan adanya kenderaan ini.
Untuk hari pertama ini kami hanya memasak dan makan di rumah. Tetapi pada waktu malan sempat juga kami pusing2 di kota Perth. Anak2 kami dah penat agaknya kerana dua2 dah tertidur di belakang. Jadi kami tidak dapat berhenti dan hanya pusing2 dan kemudiannya balik.



