Year End Ride 2015 – Day 4

21 Dec – Mae Hong Son – Chiang Mai 260km

Perjalanan kami diteruskan ke Chiang Mai setelah sehari bermalam di Mae Hong Son. Rata-rata jalan di sini amat memuaskan namun terdapat beberapa jalan yg sedang diperbaiki.

image

Sebelum memulakan perjalanan kami bersarapan dahulu di kedai yang menjamu makan malam kami semalam.

image

Hentian pertama kami ada di puncak bukit sebelum tiba di Pai. Permandangan di Pang Ma Pha yang kami lihat amatlah mengagumkan. Cuara yang cerah dan dingin membuatkan kami seperti tidak mahu bergerak.

image

Kami kemudiannya berhenti di lookout point Pai.

image

Perjalanan masih perlu diteruskan. Perut pun sudah semakin lapar. Hajat di hati ingin makan tengah hari di Pai, malangnya tidak kesampaian. Kami ditemani oleh jalan-jalan off road turun dari Pai ke Chiang Mai. Jalan yang seperti mendaki Puncak Genting Highlands tetapi offroad. Dalam perjalanan tayar saya seperti pancit. Memang sah pancit. Nasib menyebelahi saya Doc Din masih bersama saya dan bawa pam portable bersama. Selepas mengisi sedikit angin kami jumpa dengan yang lain di kedai kopi dilereng bukit.

image

Akhirnya kami tiba di Chiang Mai dan terus mencari kedai makan. Selepas makan kami pun check in di Hotel dan berehat.

image