Hari ni nak share sikit pasal Perth trip tahun lepas. Day 2-29 Oct 2016, destinasi seterusnya ialah Pinnacles dan Sand Dune di Lancelin. Orang kata tengok batu. Bawak budak2 ni tak tau la diorang paham ke tidak kenapa nak kena tengok batu ni.
Berbekalkan sedikit makan, aku memandu UTE yang dipinjamkan kepada kami lebih kurang 200km. Jika di malaysia sekejap je sampai tu tetapi di Australia, had laju hanyalah 80km/h. Yang peliknya hampir kesemua warga Aussie mematuhi had laju yang ditetapkan.
Rasanya perjalanan kami mengambil masa kurang dari 4 jam. Walaupun begitu perjalanan kami agak lancar ditemani permandangan yang indah. Ada juga kami berhenti di beberapa kawasan untuk mengambil gambar.
Oleh kerana tiba waktu makan tengah hari kami mengambil keputusan untuk makan di kota kecil Lancelin sebelum ke Sand Dune. Hari juga mendung dan hujan telah pun turun rintik2 membuatkan cuaca amat nyaman dan tidak berapa panas. Waktu begini merupakan penghujung musim bunga dan permulaan musim panas.
Seletah makan bekalan yang dibawa kami terus ke tempat bermain di Sand Dune yang agak berdekatan dengan pekan Lancelin. Rupanya bila tiba di sana baru kami tahu di mana tempat untuk menyewa Sand Board. Terpaksalah kami patah balik untuk menyewa. Kami agak bernasib baik kerana kedai yang memberi sewa itu akan tutup pada pukul 5 ptg.
Puas bermain pasir kami. Mengorak langkah pulang. Makan malam pun masak apa yang patut dirumah sahaja.




