Dulu masa nak set pakai wordpress ni alasannya sebab senang nak edit on the go… Senang nak cerita while it is still fresh. So today, baru la nak guna feature tu walaupun sebenarnya hari ni dah day 3.
Ride ni tujuan asalnya nak ke 1000 corner dengan Golder Triangle, tapi ada jugak plan nak ke Laos. Planning punya planning, last2 tak jadi gak Laos takut ada complications. Lagi satu diorang plan nak naik keretapi pegi balik. Mula2 rasa ok la… Ikut je la walaupun kalau boleh nak la merasa dua2.
Few days before the trip Doc bagitau dia nak ride balik baru naik tren. Ok la tu… Good for me.
Kami bertolak Khamis malam jumaat, dalam kul 12.30 pagi Jumaat tu. Objective day 1, cover as many grounds we can.
18 Dec 2015 – So pagi tu siaplah… Bawak apa yang patut rv dengan Doc kt rnr sungai buloh.
Biasalah… Sebelum ride kena selfie moto dgn selfie rider dulu… Hehehe
Sebelum ride lama ni pegi gunting rambut bagai takut balik nanti tak nampak rupa orang.
First day memang penat skit sebab tak tido. Tapi kami manage sampai ke Prachuap Khiri Khan. Itu pun dlm pukul 10 malam rasanya baru sampai. Cover 1200km untuk Day 1. Moto pulak tiba2 macam ada masalah near Chumphon, sekali mcm battery kong susah nak start, sekali timing idle jadi gila… Macam2 hal… Tapi continue gak ride…
Kena hujan lebat sekali sebelum Chumphon , last2 sampai gak walaupun dh lewat. Kami tido di hotel Grand Prachuap Khiri Khan hotel belakang balai polis.




