Sabtu ,18-4-2015
————————
Pada pagi sabtu kami terus menuju ke RV point Taman Sultan Yussof Izzuddin Shah setelah selesai sarapan di kedai berdekatan.
Ahli yang terlibat diketuai oleh Jaa Suzali Othman, Rj Merida, Mil dan Mal, Yusri Yunus dan wife, Muji Rahman, Sahibul Helmi Suhaimi, Mohd Faizal Reza, Wan Mohd Faiz, Eta Kreatif, Sam Cheong, abang Din dan anak-anak, kak nisa, serta abang Zul.
Kami memulakan kayuhan dengan mengelilingi kawasan menarik sekitar Bandar Kuala Kangsar.
Kami singgah dan mengambil gambar kenangan di Masjid Bukit Chandan, antara Masjid yg menarik landskap dan arkitektural selain masjid-masjid terkenal di malaysia. Selepas itu kami ke Istana DiRaja dan Istana Kayangan yang tersergam indah mencerminkan identiti Kuala Kangsar bandar DiRaja.
Kami seterusnya ke Pejabat Tanah Kuala Kangsar untuk melihat pokok getah tertua di Malaysia.
Kami seterusnya ke Kota Lama kanan melalui jambatan baru Sultan Nazrin. Kami singgah di tempat Masjid Kota Lama dimana masjid itu dikelilingi oleh kubur lama.
Kami secara kebetulan berjumpa dengan pengerusi masjid Tuan Haji Megat menceritakan berkenaan kewujudan batu peringatan yang disangkakan batu nisan oleh sesetengah pihak.
Kami meneruskan kayuhan ke pekan karai dan singgah di victoria bridge yang sangat kukuh dan mempunyai nilai sejarah tersendiri.
Kami menuju ke Kati melalui jalan dalam dan kampung-kampung seperti Chegar Galah dan Sauk.
Cabaran cuaca yang agak membara sangat tidak dapat dilupakan, rata-rata kami berhenti untuk minum dan singgah mana-mana kedai untuk tapau air
Di situ terdapat 2 pendakian yang mencabar. Muji Rahman mengalami masalah kekejangan kaki terpaksa berhenti setiap 500m dan ditemani oleh Wan Mohd Faiz selaku sweeper yang baik dan sabar menemani setiap ahli yang mengalami masalah seperti demikian.
Saudara Sahibul Helmi Suhaimi juga menemani kumpulan belakang. Walau bagaimana pun berbekalkan smgt kental, mereka berjaya tamatkan kayuhan hingga ke Lata Kekabu.
Masing-masing siap mendirikan khemah dan kami santai menjayakan BBQ yang amat lazat terdiri dari ayam, kambing habaq hang, rendang yang lazat, dan banyak lagi. Walaupun hujan lebat sekejap malam tu kami teruskan juga aktiviti.
Ahad ,19-4-2015
————————
Bangun pagi dan bersarapan disediakan oleh kak Rj Merida.
Bro Sam Cheong dan kak Eta Kreatif sekeluarga telah kayuh awal pagi meniggalkan camp site lata kekabu kerana urusan masing-masing.
Selebihnya bangun dan bersiap untuk kembali ke kuala kangsar. bertolak pada pukul 9.00 pagi.
Route kali ini lebih ringan kerana semalam sudah melalui jalan yang mencabar mental dan fizikal.
Kami melaui tasik raban menggunakan jalan lama yang amat indah, bayangkan keliling jalan adalah tasik-tasik dan belakang tasik itu pula ada gunung-gunung berkabus. Indahnya ciptaan Allah s.w.t. Dengan basikal kami dapat tengok dengan lebih dekat, teliti , dan lama lagi sambil memerah keringat mengayuh. 😀
Seterusnya, kami melalui jalan besar dan mgambil short cut masuk ke kati dan singgah minum di kedai makan di pekan kati. rata-rata penduduk suka berbual dgn kami bertanya dari mana dan nak kemana. Sungguh peramah orang kampung di sana.
kami juga singgah makan aiskrim durian di kampung jamuan kedai anak buah Jaa Suzali Othman. Aiskrim adalah satu benda wajib rasanya dalam trip pulang .
Kami tiba di Kuala Kangsar di sambut oleh hujan rahmat dibandar. sampai di kereta kami pack barang-barang, lipat basikal dan menuju ke destinasi masing-masing.
sekian.
By Khairul Rasman







